TIPS DAN INFO PENTING UNTUK YANG PERTAMA KALI KE PULAU PERHENTIAN
Hi korang!
Korang dah plan nak ke Pulau Perhentian tahun depan?
Tapi tak tahu apa info dan tips yang kena tahu sebelum sampai pulau?
Korang jangan risau, PK team akan sharekan 5 tips dan info penting yang korang perlu tahu sebelum sampai di Pulau Perhentian. Jom tengok!
CARI TARIKH YANG SESUAI UNTUK BERCUTI
Apa maksud tarikh yang sesuai nie? Korang kena tahu bila tarikh yang korang boleh bercuti ke Pulau Perhentian, sebab setiap hujung tahun bermula pertengahan Oktober hingga Januari.. Pulau Perhentian akan tutup buat sementara waktu.
Sebab apa kena tutup? Sebab musim monsun timur laut ataupon musim tengkujuh. Jadi tak sesuai kalau korang nak datang waktu nie. Pulau biasanya buka untuk pelancongan dari bulan Februari hingga bulan Oktober.
Selain tu, korang jugak kena tau bila tarikh public holiday dan jugak cuti sekolah. Kalau korang taknak crowded dan nakkan suasana yang tenang, kurang sesuai kalau nak datang pada tarikh nie sebab orang ramai akan datang bercuti.
Jadi korang boleh pilih samada nak datang hari weekday atau hari weekend biasa untuk elakkan suasana crowded di pulau.
TAHU CARA YANG BETUL UNTUK KE PULAU
Nampak macam remeh kan? Tapi untuk korang yang baru first time nak ke Perhentian, korang perlu tahu cara yang betul dan tempat untuk sampai ke sini. Kalau korang silap buat, alamatnya sampai ke tempat lain nanti.
Mula-mula sekali korang kena tahu cara apa korang nak ke pulau? Drive kereta sendiri? Nak naik bas? Atau nak naik flight?
Untuk tips dan cara ke Pulau Perhentian dengan betul, korang boleh tekan link blog posting di bawah
TAHU KAWASAN MANA KORANG MENGINAP
Pulau Perhentian nie terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kalau korang jenis detailed person, jadi korang perlu tahu apa yang ada dekat setiap pulau.
Aktiviti apa yang boleh buat dekat pulau? Dekat mana tempat yang banyak kedai makan? Dekat mana boleh tengok sunset? Dan macam macam lagi lah.
Setiap kawasan di Pulau Perhentian ada kelebihan yang tersendiri. Jadi korang perlu tahu apa yang korang nak dan kawasan mana yang dapat penuhi kehendak korang. Bila korang dah tau setiap benda tu jadi makin mudahlah untuk korang plan percutian korang di pulau nanti!
JADUAL DAN WAKTU BOT BEROPERASI
Sangat penting untuk korang tahu bila waktu bot beroperasi untuk sesi masuk dan keluar pulau supaya korang tak tertinggal bot. Selain tu, korang juga boleh plan bila waktu yang sesuai untuk korang tiba jeti supaya tak menunggu terlalu lama.
Untuk jadual dan waktu bot beroperasi, biasanya PK team akan share dengan korang 2 hari sebelum korang sampai di Kuala Besut. Kemudian PK team akan menunggu ketibaan korang di office dan bawa korang ke jeti lepas sesi briefing.
Tour guide akan uruskan urusan bot di jeti dan korang cuma perlu follow je instruction tour guide dari semasa ke semasa.
PILIH PAKEJ YANG KENA DENGAN DEMAND KORANG
Pemilihan pakej yang sesuai merupakan perkara yang paling penting bila bercuti di Pulau Percutian. Tersilap pilih, alamatnya boleh spoil mood bercuti korang nanti.
Make sure korang tahu apa yang korang nak sepanjang percutian nanti dan request permintaan korang tu dekat travel agent. Nak bilik seaview? Ada aircond? Penginapan dekat dengan jeti? Korang boleh je nak request apa apa.
Bila dah dapat pakej yang korang nak, baru korang buat booking dengan agent!
Kalau korang nak dapatkan details pakej dengan PerhentianKravers, korang boleh contact sales person di bawah. Korang boleh je nak contact dorang setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga semalam. Tak ada masalah pon. Hehehe
Comments
Post a Comment