CARA UNTUK KE PULAU PERHENTIAN DARI SELANGOR, JOHOR DAN PENANG

Selalu PK team terima soalan dari guest guest semua tentang cara ke Pulau Perhentian. Cara mana yang paling mudah? Naik kereta ke? Flight ataupon bas? Kalau naik public transport pulak dekat stesen mana atau airport mana yang perlu turun? Kalau salah info, alamatnya korang boleh tersesat nanti. Haaa boleh buat spoil mood tau.

Jadi untuk posting kali nie PK team nak sharekan dekat korang beberapa cara yang betul untuk ke Pulau Perhentian terutamanya untuk korang yang datang dari Selangor, Johor dan Penang 😄😄

MENAIKI BAS

  • Untuk korang yang datang dari Selangor dan Penang, korang boleh beli tiket bas untuk turun di stesen bas Kuala Besut.
  • Kalau dari Selangor korang boleh naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau dari mana mana stesen bas berhampiran dengan tempat korang manakala untuk dari Penang pulak korang boleh naik di Butterworth.
  • Bagi yang menaiki bas di Johor, korang boleh beli tiket bas turun di Jerteh dan dari Jerteh korang boleh naik teksi untuk ke jeti Kuala Besut.

Kalau korang tak sure waktu mana yang sesuai untuk beli tiket bas ke Kuala Besut, korang boleh tanyakan kepada pegawai sales PK team tentang waktu yang sesuai supaya bersesuaian dengan waktu menaiki bot terutamanya untuk tiket bas balik nanti. Kalau korang beli tiket waktu yang salah, risau nanti bot terlepas, bas pon terlepas jugak!

MENAIKI FLIGHT

  • Untuk yang naik flight untuk ke Pulau Perhentian, make sure korang beli tiket flight turun di airport Kota Bharu bukannya airport Kuala Terengganu.
  • Dari Kota Bharu ke Kuala Besut cuma ambik masa 45 minit sahaja untuk sampai.
  • Dari airport Kota Bharu PK team ada sediakan service airport transfer. Bila korang sampai je dekat airport, akan ada orang yang menunggu korang di balai ketibaan dan bawa korang terus ke office PerhentianKravers dengan menaiki van.
  • Bayaran RM25 sahaja seorang untuk satu hala.
Pastikan juga beli tiket pergi dan balik flight dengan waktu yang betul dan kena dengan waktu bot. Biasanya sebelum beli tiket flight, PK team akan suggestkan dekat korang beberapa waktu yang sesuai supaya perjalanan flight pergi dan balik korang berjalan lancar. So make sure korang rujuk PK team dulu sebelum beli tiket flight okay.

MENAIKI KERETA

  • Untuk yang nak memandu sendiri datang ke Pulau Perhentian, korang boleh lalu di highway Lebuhraya Pantai Timur hingga ke tol Kuala Terengganu.
  • Lebih selamat untuk korang lalu di highway berbanding dengan jalan dalam di Gua Musang terutama untuk kaum wanita.
  • Kalau dari Penang korang boleh lalu di laluan Gerik ke Jeli.
  • Sampai saja di Kuala Besut, PK team akan menunjukkan beberapa tempat parking kereta berbayar yang selamat untuk korang meletakkan kereta.
Pastikan korang ikut suggestion yang diberikan oleh PK team sebab dekat Kuala Besut ada banyak "ulat" ticket! Untuk korang yang stay di negeri lain selain Selangor, Johor dan Penang, korang boleh rujuk PK team untuk tanyakan cara yang betul untuk korang datang ke Pulau Perhentian.

Boleh hubungi pegawai sales di bawah untuk info lanjut tentang details pakej dan info info penting di Pulau Perhentian

PK FANA

http://wasap.my/+60133942405/HyePKBlogspot

PK SUE


PK NUS






JOM BERCUTI KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIANKRAVERS


•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2023
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2023
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet 
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there 

Comments