PENGALAMAN KE PULAU PERHENTIAN DENGAN PAKEJ PERHENTIANKRAVERS




Hai! Nama aku Alin. Pada tarikh 6-8 Sept 2019 yang lalu, aku dan family (5 dewasa 1 kanak2) telah pergi ke Pulau Perhentian dengan pakej dari PerhentianKravers. Aku ambik pakej 3H2M dan stay di Sharila Island Resort. Mula2 keluarga aku yang suggestkan untuk kteorg ke Pulau Perhentian ni, tapi memandangkan Perhentian ni pulau yang betol2 pulau so family aku suruh kteorg cari pakej sbb kteorg tak nak pening kepala bila dah sampai dekat sana. Biar ejen yang setelkan. So aku pon carilah dekat FB and Instagram pakej2 yang okey. Ada banyak aku jumpa tapi semuanya mcm tak meyakinkan. Ada yang lambat reply. Ada yang bila aku WhatsApp reply guna loghat pantai timur yang pekat. Sepatah pon aku tak paham.

Last2 aku jumpa ads PerhentianKravers dekat IG story and teros aku tekan link ke WhatsApp. Tak lama pon aku tekan terus dia reply, pastu dia cakap nanti dia akan mintak team dia utk WhatsApp aku balik details pakej. Aku pon iyekan jelah. 
Ads aku jumpa dekat IG story

Tak lama lepas tu tetiba ada team dia nama Fana WhatsApp aku and explain semua details pakej. Mudah jek WhatsApp dgn Fana ni, semua yang aku tanya semua dia jawab satu persatu. Dia bagi dekat aku semua pakej 3H2M under company dia dan aku rasa yang paling berbaloi adalah Sharila punya pakej sbb harga dia pon okey. Ada 4x makan. Tiket bot, penginapan and aktiviti semua dorg dah include. Tinggal family aku nak pergi jek. Lepas dah bincang dgn family aku, kteorg bersetuju utk amek pakej dgn PerhentianKravers. Lepas dah send booking form dekat Fana and tunggu conformation dari resort, baru aku bayar deposit 50% dari total payment. Mula2 aku risau jugak takot kena scam tapi lepas tengok review boek punya dekat IG aku transfer jelah deposit tu. Lagipon Fana bagi no akaun bank company so aku lagi yakinlah dekat situ. Lepas dah transfer semua Fana bagi aku resit payment. After that aku dgn family aku menunggu hari jelah nak pergi ke Pulau Perhentian. Dalam hati tak sabo2 dahhh.

Conversation aku dan Fana




Malam masa aku bertolak ke Kuala Besut dari KL, Fana ada bagi location and gambar ofis PerhentianKravers. So aku follow jelah location yang dia bagi tu. Kteorg gerak pukul 10 malam dgn kereta. Jauh jugaklah nak sampai tu, pagi pukul 5 baru aku dgn family aku sampai dekat Kuala Besut. Kteorg solat Subuh dekat masjid dekat situ lepas tu pergi breakfast dekat kedai bawah ofis PerhentianKravers. Disebabkan kteorg taktau nak buat apa so kteorg melepak jelah dekat kedai tu and tido dalam kereta. Fana kata 8.30 pagi baru ofis bukak. Lepas ofis dah bukak baru kterog naik atas untuk setel payment lagi 50% and dengar briefing. Payment 50% tu aku bayar cash jek tp Fana cakap kalau nak transfer pon boleh. Fana brief dekat family aku pergerakan sepanjang dekat pulau macam mana so that takdelah kteorg sesat atau menganga bila sampai pulau nanti. Dorg jugak ada bagi baju free dekat kteorg and katanya pakai masa snorkelling nanti. Cantek wuuu baju tuuu.

So aku conclude kan dekat sini sampai ofis:
1)  Setel payment 50%.
2)  Briefing aktiviti sepanjang 3H2M.
3)  Ambik baju.



Lepas dah setel semua payment, briefing and baju barulah kteorg gerak ke jeti. Since kteorg datang hari weekend so jeti memang sesak sampai tak boleh nak bernafas! Nasib baik tak lama pon tunggu bot, dalam 15 minit camtu teros kteorg gerak ke pulau. Perjalanan nak ke pulau ambik masa dalam 30 minit jek. Sampai jek dekat pulau family aku teros gerak pergi resort nak check in dengan harapan bilik dah siap tapi hampa bila receptionist kata kena check in pukul 3. Standard mana2 hotel. Since bilik tak ada lagi kteorg letak jelah beg dekat belakang reception tu and jalan2 sekitar pulau. Tangkap gambo lerr apa lagi!
Jeti Pulau Perhentian
Suasana di sekitar Sharila Resort



Fana kata aktiviti hari pertama ni hiking ke kincir angin, so aku dgn family aku tukar baju siap2 sbb takkanlah nak hiking pakai seluar jeans kan? Mau melecet peha! Untuk hiking ni PerhentianKravers ada sediakan guide so senanglah sikit bila dah ada guide ni. Tak sesat. Aku dgn family aku tunggu dekat depan Ombak Dive Resort jam 12.30 PM macam yang Fana cakap tu. Staff yang guide ktorg tu nama dia Nus. 

Sebelum gerak naik atas dia briefing kteorg sikit lepas tu gerak sama2. Semput jugaklah nak naik tu tp nasib baik Nus bawak lalu jalan yang mendatar so takdelah rasa macam nak putus nyawa sangat. Aku bersyukur sangat sbb PerhentianKravers provide guide nak ke kincir angin tu sbb kalau ikot kepala family aku jek mau sesat nak sampai sana. Perjalanan sepatotnye 40 minit jek jadi 4 jam agaknye. Bila sampai jek dekat atas view dia sangat2 lawa wehhh. Korg kena datang sendiri baru dapat rasa apa yang aku dgn family aku rasa. Dah sampai tu apa lagi bergambo lerr. Tak tau lah berapa keping gambar yang kteorg ambik kat atas tu. Bagosnye lagi ada guide ni, dorg boleh ambikkan gambar kau dgn family kau! Tak payahlah nak suruh org lain ambikkan kan. Hehehehe. Bagi aku sangat rugi sape yang datang Perhentian tapi tak naik atas ni sbb view dia memang ONE OF A KIND!

View dari atas kincir angin 


Aku dan adik di puncak kincir angin Pulau Perhentian

Lepas habis hiking ke windmill, kteorg teros check in bilik and mandi manda dekat private beach Sharila. Tempat tu okeylah kalau utk korg yang nak cuba2 snorkeling sbb air dia tak dalam sangat pon. View pon lawa. Kteorg lepak dekat situ sampailah sunset sbb dorg kata situ nak tengok view sunset lawa. And betollah kata dorg view dia memang lawa pon! Malam tu pulak kteorg makan dekat Sharila jek pastu pukul 10 malam gerak ke Long Beach tengok fireshow. Dari Sharila nak ke Long Beach tu kena jalan dalam 15 minit camtu. Okeylah show dia sangat nice. Macam2 aksi yang dorg buat. Habis tengok fireshow kteorg balik ke resort untuk tido and get ready utk snorkelling esok!

Private Beach Sharila

Fireshow di Long Beach 


So untuk hari pertama aku boleh conclude:

1)  Tunggu hiking guide di Ombak Dive Resort (12:30PM)
2)  Hiking ke kincir angin.
3)  Mandi manda and layan sunset di private beach.
4)  Tengok fireshow di Long Beach.

Hari kedua pulak lepas breakfast di Sharila, kteorg teros gerak ke meeting point snorkelling (Sunset Shop) jam 9.45 pagi yang macam Fana brief sebelom ni. Dekat situ snorkelling guide bagi mask, snorkel, lifejacket and fin utk sape2 yang pandai berenang. Kteorg naik bot dgn Abang Mat. Memang sempoi giler lah. Family aku enjoy gila snorkelling dgn dia. First point kteorg pergi fish point. Dah nama pon fish point kan mmg banyaklah ikan dekat situ. Coral pon lawa2 semua. Lepas setengah jam dekat situ bot gerak pegi turtle point pulak. Fuhhh aku baru tau org yang pro2 jek boleh kejar penyu ni. Dia duduk dalam air 20-25 minit pastu sekali ambik nafas 2-3 saat jek. Cisss! Dah puas dekat turtle kteorg pergi shark point pulak. Jangan risau shark sini tak makan org macam dalam movie omputih tu. Shark dekat sini semua manja2 gituu. Lama jugaklah dekat shark point tu, and then kteorg berehat dekat kampung nelayan utk makan tengahari. Pakej lunch ni dah include dalam pakej so takyah pening kepala. Lauk makan dekat sini sumpah sedap! Especially part sambal belacan dia. Takleh lawan beb!

Fish Point

Turtle Point

Shark Point

Habis makan tengahari dekat kampung nelayan, kteorg sambung snorkelling ke lighthouse. Haa sini lah gambar aku tengok org dok main terjun2 tu. Tapi sayangnya family aku sorg pon takde yang berani nak terjun. Semua pengecut! Kteorg tengok org lain jelah seronok terjun dari atas tu. Hmmm. Last point utk snorkelling ni dekat romantic beach. Dekat sini ada banyak ikan nemo. Kecik, besar semua ada and sarang dorg besar gila! Abang Mat kata jangan datang dekat sgt dengan rumah dia, kalau tak nanti dia terkam. Bestlah dekat situ sbb boleh rehat2 dekat kawasan pantai and bersantai. Kteorg abes snorkelling dalam pukul 5 ptg camtu. Mmg barai gilalah! Tapi best. Rasa macam tak puas jek.

Romantic Beach


Ikan Nemo dan sarang dia

Malamnye pulak kteorg makan BBQ dekat Sharila yang memang dah include dalam pakej. Buffet BBQ. Hentamlah segala macam nak hentam. Banyak jugaklah family aku makan sampai tak larat nak bangun balik bilik. Malam kedua ni kteorg tak pergi tengok fireshow sbb tak larat sangat dah. Kteorg just lepak2 dekat Café Ombak Resort jek. Tengok movie yang dorg tayang dekat white screen. Pukul 10 kteorg dah balik bilik sbb masing2 dah barai. Dok nampak katil jek.

Hari kedua aku boleh conclude:
1)  Breakfast di resort.
2)  Meeting point snorkelling 9.45 pagi.
3)  Snorkelling 5 points dari 10.30 pagi sampai 5 ptg.
4)  Makan tengahari di kampung nelayan.
5)  Makan BBQ di resort.


Keesokkannya pulak aku dgn family aku siap2 packing barang sbb kol 11.30am kena check out resort. Lepas breakfast dekat resort tu kteorg teros siap2 packing barang. Sempatlah jalan2 dekat private beach kejap. Tak habis2 lagi dgn tangkap gambar. Tak paham betol aku. Lepas dah check out semua kteorg teros gerak pegi jeti. Memang ramai gila lah nak balik hari tu. Utk bot balik ni mmg korg kena punctual kalau tak konfem terlepas! So sampai jek dekat jeti Kuala Besut, adik aku pergi ambik kereta dekat tempat parking and ambik kteorg dekat jeti. Sempatlah jumpa Fana sekejap dekat jeti tu ucap terima kasih sbb arrangekan percutian keluarga aku. Sumpah kalau tak jumpa PerhentianKravers aku dah turn off kot nak pergi pulau. Hahahaha.

Family aku and Fana. Kiri sekali tu Fana hehehe

Overall percutian aku sekeluarga di Pulau Perhentian sangat2 berbaloi dgn harga pakej. Walaupon mahal sikit tapi kteorg sangat puas hati! Daripada murah tapi bila sampai pulau semua kteorg setel sendiri baik ambik yang mahal sikit tapi semua ejen yang setelkan. Kita tinggal nak bawak baju and pergi jek. Keluarga aku semua happy dgn vacay kali ni dan harapnya kteorg akan datang lagi ke Pulau Perhentian sbb tempat dia lawa gila! Air dia jernih ya rabbi! Next time aku pergi aku nak amek lagi pakej dgn PerhentianKravers sbb service dorg sangat superbbb! Aku bagi 10 bintang!!

TERIMA KASIH PERHENTIANKRAVERS!!! 😍😍



PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS




Sebarang tempahan boleh lah hubungi :



Pejabat Perhentiankravers : 0132042450

Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers


•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Murah
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet murah
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there


Comments

Popular Posts