Untuk yang pertama kali nak ke pulau, korang mesti taktau macam mana dan keadaan dekat pulau kan? Mesti banyak pertanyaan dalam kepala korang. Terutamanya bila korang nak datang bercuti dengan keluarga yang ada anak kecil. Sebab tu dalam pakej PK team kita sediakan service tour guide untuk guest semua. Tugas tour guide nie untuk memastikan percutian korang selamat dan berjalan lancar. Tak ada tour guide, mungkin korang boleh sesat di lautan! Apa pentingnya tugas tour guide di Pulau Perhentian nie? Dah tak payah nak pikir-pikir. Jom kita tengokkk
BRIEFING SESSION SEBELUM MASUK PULAU
Percutian korang di pulau akan jadi lebih smooth dan teratur sekiranya korang dengar dulu sesi briefing di office PerhentianKravers. Dekat sini PK team akan bagitau semua info info penting yang korang perlu tahu supaya nanti dekat pulau takdelah korang tertanya tanya. PK team akan bagitau dekat mana tempat yang best untuk korang pergi, tempat makan yang okay, tempat fireshow dan cara nak ke sana. Selain dari tu PK team jugak akan bagi voucher yang perlu korang guna sepanjang bercuti di pulau. Kalau ada apa apa yang korang tak faham, masa nie lah boleh tanya PK team! 😁😁
|
PK Iwan sedang memberikan briefing kepada guest yang baru tiba |
|
PK Sue yang sedang memberikan briefing kepada guest di office PerhentianKravers |
GUIDE GUEST KETIKA SUDAH SAMPAI DI PULAU
Selepas sesi briefing di office PerhentianKravers, tour guide akan membawa guest masuk ke dalam pulau dengan menaiki speed bot atau kapal. Tour guide akan menguruskan urusan bot di Jeti Kuala Besut kemudian masuk bersama-sama ke dalam pulau. Sekiranya terdapat masalah kelewatan bot, tour guide akan segera memaklumkannya kepada guest. Jangan risau tour guide takkan tinggal korang sorang sorang dekat jeti 😝😝 Sampai saja di pulau, sekali lagi tour guide akan memberikan briefing di jeti dan menunjukkan tempat penginapan yang telah ditempah oleh guest. Mudah kan?
|
PK Mizan sedang memberi briefing di jeti Pulau Perhentian |
PK Mizan membawa guest ke tempat penginapan
PK Mus sedang menunjukkan tempat menarik di dalam pulau kepada guest
GUIDE GUEST KETIKA AKTIVITI SNORKELING
Guide guest ketika aktiviti snorkeling nie sangat penting sebab tak semua guest pandai berenang dan tahu cara snorkeling yang betul. Jadi amat penting untuk guide turun sekali semasa aktiviti snorkeling dijalankan. Kebiasaannya snorkeling guide akan mengajar serba sedikit perkara asas yang guest perlu tahu semasa snorkeling contohnya seperti cara memakai mask dengan betul, cara memakai life jacket dan paling penting sesi water confident. Guide akan membawa guest semua untuk melihat hidupan laut di Pulau Perhentian seperti penyu, shark dan ikan nemo.
PK Mus sedang menunjukkan cara pemakaian alatan snorkeling kepada guest
Snorkeling guide membawa guest melihat penyu
Untuk korang yang taknak pening kepala dan buat survey banyak banyak, PK team suggestkan dekat korang untuk ambik service tour guide di Pulau Perhentian semasa bercuti. Service tour guide nie dah termasuk sekali dalam pakej PK team. Sampai je dekat pulau, semua guide akan uruskan bermula dari hari pertama sampai hari korang balik nanti.
Kalau korang nak service tour guide dengan PK team, korang boleh hubungi pegawai sales di bawah. Boleh hubungi dorang setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
PK SUE
PK NUS
JOM BERCUTI KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIANKRAVERS
•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2023
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian
•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil
•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2023
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there
Comments
Post a Comment