6 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM SNORKELING DI PULAU PERHENTIAN
Sememangnya Pulau Perhentian sangat terkenal dengan laut birunya yang cantik dan dipenuhi dengan pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna-warni. Tidak hairanlah jika Pulau Perhentian sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara bagi menyaksikan sendiri keindahan alam yang sering kali diperkatakan. Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian bukanlah satu aktiviti asing lagi buat para pengunjung yang datang bercuti ke situ. Malah setiap hari pasti ada saja bot-bot yang menghantar pelancong ke tempat snorkeling.
Pelbagai hiupan laut seperti terumbu karang, ikan nemo, jerung black tip, penyu, belut moray dan bermacam lagi menjadi tumpuan utama buat para pelancong di Pulau Perhentian itu. Untuk posting kali ini team PerhentianKravers ingin kongsikan tentang 6 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum melakukan aktiviti snorkeling terutamanya buat mereka yang pertama kali melakukan aktiviti ini! Jom kita tengok!
1. Cara bernafas yang betul menggunakan snorkel
Ramai yang tidak tahu cara penggunaan bernafas melalui snorkel dengan betul. Sebelum anda masuk ke dalam laut, adalah disarankan untuk anda belajar menggunakan snorkel semasa berada di atas darat kerana jika anda belajar ketika sudah berada di dlam laut, kemungkinan besar anda akan berasa panik dan mula bernafas dengan laju.
Letakkan bahagian bawah snorkel di dalam mulut anda dan gigit getah dengan cermat. Jangan sampai putus! Kemudian tarik nafas dan hembus menggunakan mulut anda. Lakukannya beberapa kali sehingga anda selesa dan yakin.
Snorkeling guide sedang menerangkan cara-cara penggunaan alatan snorkeling yang betul. |
2. Cara penggunaan mask yang betul
Selain daripada cara penggunaan snorkel yang betul, cara penggunaan mask yang betul juga sangat penting bagi mengelakkan mask tersebut daripada dimasuki air semasa snorkeling. Selain itu, dengan menggunakan mask dengan betul ianya dapat mengelakkan mask daripada kabur atau fogging.
Cara penggunaan mask yang betul adalah dengan memastikan getah mask berada betul-betul di permukaan kulit muka. Pastikan sebarang benda asing seperti rambut dan tudung (wanita) tidak mengganggu disekitar wajah. Kemudian ketika anda berada di dalam air, jangan senyum atau ketawa kerana air akan masuk melalui celahan di bahagian hidung. Sekiranya air memasuki mask, cabut segera mask dan pakai seperti biasa.
PK Fana sedang membetulkan keadaan mask pada guest PerhentianKravers |
3. Memakai pakaian yang sesuai ketika di dalam air
Pakaian yang sesuai dipakai ketika berada di dalam air adalah pakaian yang dapat memberikan ruang pengudaraan dan juga saluran darah yang lancar pada tubuh badan terutamanya pada bahagian kaki. Sekiranya anda memakai pakaian yang ketat ianya dapat menyebabkan kaki cramp ketika berenang. Suhu air laut yang sejuk juga boleh mengakibatkan berlakunya cramp.
Di dalam pakej PerhentianKravers kami telah menyediakan t-shirt jersey secara PERCUMA untuk semua pelanggan yang mengambil pakej PerhentianKravers untuk dipakai ketika aktiviti snorkeling. Pakaian jersey sangat sesuai dipakai ketika di dalam laut kerana kainnya yang cepat kering tidak melekat.
Contoh jersey PerhentianKravers pada tahun 2019 |
4. Jangan mudah panik
Bagi mereka yang pertama kali melakukan aktiviti ini atau tidak biasa dengan keadaan laut dalam pastinya akan berasa panik dan takut apabila merasakan kaki anda tidak jejak ke tanah. Namun cuba anda rileks kan badan anda dan bernafas melalui snorkel dengan betul, pastinya anda dapat membiasakan diri anda. Kebiasaannya snorkeling guide akan cuba untuk membantu anda bagi menghilangkan rasa gugup dengan mengajar anda beberapa perkara. Oleh itu jangan bimbang sekiranya anda berasa takut dengan laut!
Guest PerhentianKravers sedang menikmati aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian |
5. Elakkan daripada memijak hidupan laut
Seperti yang anda ketahui terdapat pelbagai jenis hidupan laut terutamanya terumbu karang di Pulau Perhentian. Terumbu karang merupakan hidupan yang sangat sensitif apabila diusik atau dipegang oleh benda asing. Ianya akan mudah mati. Proses untuk satu-satu terumbu karang membesar mengambil masa sehingga satu tahun untuk hanya 1cm. Oleh itu elakkan memijak atau memegang terumbu karang apabila melakukan aktiviti snorkeling.
Antara terumbu karang di Pulau Perhentian |
6. Lakukan isyarat keselamatan sekiranya anda lemas
Adalah amat penting untuk anda tahu bagaimanakah caranya signal yang harus dilakukan sekiranya anda lemas atau hanyut dek ombak kuat apabila sedang bersnorkeling. Cara yang paling mudah untuk anda melakukan isyarat tersebut adalah dengan meniup whistle di jaket keselamatan anda. Dengan meniup whistle tersebut snorkeling guide akan datang dan menyelamatkan anda. PerhentianKravers juga ada menyediakan jaket keselamatan ketika aktiviti snorkeling.
Namun diingatkan supaya anda tidak bermain atau bergurau dengan meniup whistle tersebut ketika di dalam laut!
PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian
•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil
•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian
•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil
•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there
Comments
Post a Comment