TIPS BERCUTI DENGAN SELAMAT DI PULAU PERHENTIAN
Tidak Membawa atau Memakai Perhiasan Emas
Untuk korang yang suka memakai perhiasan emas terutamanya golongan wanita, sangat dinasihatkan untuk tidak memakai atau membawa perhiasan emas korang ketika bercuti di pulau terutamanya ketika melakukan aktiviti snorkeling.
Risau nanti perhiasan jatuh kedalam laut atau hilang ketika korang melakukan aktiviti yang lain. Jadi kalau korang ada barang kemas, lebih baik korang tinggalkan di rumah atau simpan di tempat yang lebih selamat dan terjamin.
Membawa Ubat-ubatan atau Emergency Kit
Walaupun nampak seperti tidak penting dan leceh, namun malang tidak berbau. Ubat-ubatan seperti panadol, ubat sakit perut, minyak angin dan emergency kit seharusnya dibawa kemana sahaja walaupun ketika sedang bercuti.
Sekiranya berlaku apa-apa masalah dari segi kesihatan atau luka-luka, korang boleh terus menggunakannya. Beberapa kawasan di dalam pulau agak sukar untuk mendapatkan ubatan tersebut. Jadi lebih baik jika korang membawanya dari rumah dan boleh menggunakannya pada bila bila masa.
Sentiasa Menghubungi Ejen Sekiranya Terdapat Apa-Apa Masalah
Sekiranya korang memerlukan apa-apa bantuan seperti sesat di dalam pulau, mempunyai hal kecemasan luar dari pulau ataupun sakit yang perlu ke hospital jga klinik, korang boleh hubungi pihak PK team pada bila-bila masa.
PK team sentiasa "alert" 24 jam tentang keadaan guest ketika bercuti di dalam pulau. PK team juga akan cuba memberikan beberapa jalan penyelesaian untuk membantu korang.
Jangan Mudah Terpedaya Dengan Scam Di Pulau
Aktiviti scam atau penipuan tetap berleluasa walaupun di dalam pulau. Jangan mudah percaya sekiranya ada orang yang menawarkan servis atau apa-apa pembelian di dalam pulau.
Jika nampak mencurigakan, lebih baik korang tanyakan hal tersebut pada PK team. Untuk lebih maklumat dan info tentang keadaan di pulau, korang boleh tanyakan kepada guide PK team. Guide-guide akan sentiasa cuba memberitahu info yang betul dan selamat sepanjang korang berada di pulau.
Mengambil Pakej Percutian Dengan "Trusted" Ejen
Ejen merupakan orang atau agensi yang akan menguruskan percutian korang seratus peratus di dalam pulau. Dengan mengambil servis ejen, pastinya percutian korang akan berjalan dengan lebih lancar dan selamat.
Namun sebelum membuat apa-apa tempahan, seeloknya korang survey dan membuat rujukan tentang ejen yang ingin diambil agar dapat mengelak daripada masalah penipuan dan scam pakej.
Untuk dapatkan info dan maklumat lanjut tentang pakej percutian di Pulau Perhentian pada tahun 2023, korang boleh hubungi pegawai sales PK team dibawah dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
PK NUS
http://wasap.my/+60132042450/HyePKBlogspot
Comments
Post a Comment