URUSAN BOT GUEST PERHENTIANKRAVERS KE PULAU PERHENTIAN
Bot merupakan pengangkutan utama untuk pergi dan balik ketika bercuti di Pulau Perhentian. Kebiasaanya, perjalanan akan mengambil masa 30 minit hingga 45 minit bergantung juga kepada keadaan ombak. Urusan bot ke Pulau Perhentian sangat penting terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti umum. Jadi kalini, team PK akan terangkan flow urusan bot ke Pulau Perhentian untuk guest Perhentiankravers. So lets go.
Untuk urusan bot ke Pulau Perhentian akan tertumpu di Jeti Kuala Besut. Ini kerana, Jeti Kuala Besut merupakan jeti utama untuk ke Pulau Perhentian. Bagi urusan bot guest PK akan diuruskan oleh guide PK.
Pembayaran Cukai
Korang kalau nak bercuti ke Pulau Perhentian, kena bayar cukai dulu taw. Cukai ni korang kena bayar masa nak pergi ke Pulau Perhentian jew. Ada 2 kaunter cukai sebelum masuk jeti Kuala Besut iaitu Cukai Majlis Daerah dan Cukai Taman Laut.
Cukai Majlis Daerah |
Cukai Taman Laut |
Menunggu di Ruang Menunggu
Lepas je settle bayar cukai, guide akan tunjuk ruang menunggu untuk menaiki bot. Korang just tunggu di ruang menunggu je, selebihnya akan diurusakan oleh guide PK. Kalau waktu cuti sekolah dan cuti umum, keadaan jeti akan sesak. Bagi yang nak datang walk in akan jadi sukar untuk bergerak kalau korang nak cari bot. Jadi kalau datang dengan Perhentiankravers korang hanya perlu menunggu, tak perlu bergerak dalam keadaan sesak di jeti untuk cari bot.
Ruang Menunggu |
Suasana Jeti Sesak Bila Cuti Sekolah dan Cuti Umum |
Menaiki Bot ke Pulau Perhentian
Setelah bot dah ready untuk gerak ke Pulau Perhentian. Guide akan panggil guest PK untuk menaiki bot. Untuk korang yang ada bawa wanita mengandung atau bawa warga emas perlu infom kepada team PK. Maklumat ini akan digunakan team PK untuk bagi ruang yang sesuai untuk mereka ketika atas bot. Lepas semua dah naik, bot akan gerak ke Pulau Perhentian.
Guest Menaiki Bot Diuruskan oleh Guide PK |
Itu sahaja untuk pergerakan bot untuk pergi ke Pulau Perhentian, mudah kan? Kalau korang malas-malas cari bot, boleh contact team PK untuk uruskan bot korang untuk ke Pulau Perhentian. Korang boleh tekan link di bawah untuk team PK handle bot korang nanti.
http://wasap.my/+60133942405/HyePKBlogspot
Comments
Post a Comment