5 BENDA WAJIB BUAT SEBELUM KE PULAU PERHENTIAN
Sebelum korang pergi bercuti ke sesuatu tempat, penting untuk merancang terlebih dahulu terutamanya ke Pulau Perhentian. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan ramai orang seperti family trip, company trip dan trip reunion kawan kawan. Bila korang merancang percutian, percutian yang korang akan pergi nanti akan berjalan dengan lancar seperti yang diidamkan. So jom kita tengok 5 langkah awal yang perlu korang buat sebelum bercuti ke Pulau Perhentian!
1. Rancang Tarikh Percutian
Tentukan tarikh percutian korang dengan baik. Kalau korang nak bercuti semasa peak season, pastikan tempahan dilakukan dengan lebih awal, terutamanya musim-musim cuti sekolah dan cuti umum. Kalau di Pulau Perhentian selalunya untuk tempahan bilik untuk "hot date" fully booked 2 bulan lebih awal terutamanya untuk pakej penginapan bilik seaview. Sekiranya tarikh percutian korang termasuk dalam tarikh-tarikh hot, korang perlu membuat tempahan pakej dengan lebih awal.
2. Pilih Waktu Terbaik
Waktu yang sesuai untuk korang bercuti di Pulau Perhentian. Antara bulan yang yang terbaik untuk bercuti di Pulau Perhentian antara April hingga September. Ini kerana Pulau Perhentian sudah beralih dari fasa moonsun timur laut atau musim tenkujuh. Bila cuaca lebih baik, percutian korang akan lebih lancar dan korang boleh enjoy view serta aktiviti-aktiviti menarik di pulau.
View June 2023 |
3. Pakaian dan Perlengkapan
Bawa pakaian yang selesa dan sesuai untuk aktiviti di pantai seperti mandi manda, snorkeling dan peralatan snorkeling jika korang ada. Kalau nak ke pulau nie biasanya korang pakai je pakaian yang santai-santai. Yang penting pakaian semua selesa dan cukup sepanjang trip korang nanti.
Topi,Cermin Mata, bag Kalis Air, dan Pakaian Renang |
4. Kesihatan dan Keselamatan
Pastikan juga korang membawa ubat-ubatan peribadi secukupnya. Selain pada itu ubat nyamuk dan sunscreen perlu korang bawa sekiranya ingin bercuti ke Pulau Perhentian. Tapi kalau korang nak mintak tolong PK team untuk belikan ubat-ubatan setibanya di pulau nanti pon boleh. Cuma kalau korang nak sediakan sendiri dari rumah adalah lebih baik.
5. Rancang Aktiviti Yang Hendak Dilakukan
Comments
Post a Comment