SOAL JAWAB PAKEJ PULAU PERHENTIAN DENGAN PERHENTIANKRAVERS
1) Apakah jenis pakej yang terdapat dalam servis PerhentianKravers?
Terdapat pelbagai jenis pakej dalam PerhentianKravers. Antaranya pakej daytrip, pakej 2H1M, pakej 3H2M, pakej 4H3M, honeymoon pakej, pakej daytrip Pulau Redang dari Pulau Perhentian dan pakej daytrip Pulau Rawa.
2) Berapakah harga setiap pakej PerhentianKravers?
Harga setiap pakej PerhentianKravers adalah berbeza-beza mengikut jumlah malam penginapan di resort dan hotel serta jenis penginapan (bilik kipas/bilik aircond). Harga pula mengikut per pax.
3) Dimanakah ofis PerhentianKravers?
Ofis PerhentianKravers berada di Kuala Besut. Bangunan arked mara.
4) Apakah yang terdapat di dalam pakej PerhentianKravers?
Kami telah menyediakan semua di dalam setiap pakej PerhentianKravers seperti tiket bot pergi dan balik, penginapan, makan, aktiviti, guider, alatan snorkelling dan pelbagai lagi. Pakej PerhentianKravers adalah "ALL INCLUDED PACKAGE."
5) Apakah aktiviti yang terdapat dalam pakej PerhentianKravers?
Di dalam pakej PerhentianKravers terdapat aktiviti seperti snorkelling dan mendaki ke kincir angin. Kedua-dua aktiviti tersebut terdapat guider yang akan membawa dan mengawasi mereka yang mengambil pakej PerhentianKravers.
6) Apakah jenis penginapan yang terdapat dalam pakej PerhentianKravers?
Terdapat penginapan seperti Sharila Island Resort, Ombak Dive Resort, Fatimah Chalet, Aurbay Chalet, Tropicana Inn dan Aina Mohsin. Pelanggan boleh memilih samada ingin menginap di bilik berkipas atau bilik beraircond.
7) Berapa orangkah yang boleh mengambil pakej PerhentianKravers?
Tiada had pax di dalam pakej PerhentianKravers. Malah jika anda cuma pergi seorang sahaja, PerhentianKravers juga boleh menguruskan.
8) Adakah kanak-kanak sesuai dibawa bercuti di Pulau Perhentian?
Ya sesuai. Kerana Pulau Perhentian bukanlah pulau yang tidak selamat untuk dikunjungi. Tiada sebarang aktiviti perlanunan di pulau. Malah di dalam bot juga turut disediakan jaket keselamatan untuk kanak-kanak. Aktiviti snorkelling juga sesuai untuk dilakukan.
9) Bagaimanakah cara untuk ke Pulau Perhentian dengan menaiki bas?
Jika anda menaiki bas dari Kuala Lumpur atau dari Utara, anda boleh membeli tiket ke stesen bas Kuala Besut atau Jeti Kuala Besut. Namun jika anda menaiki bas dari Pantai Timur atau Selatan, anda boleh membeli iket bas menuju ke Jerteh dan dari situ anda boleh menaiki Grab atau teksi untuk ke Jeti Kuala Besut.
10) Bagaimanakah cara untuk ke Pulau Perhentian dengan menaiki kapal terbang?
Jika anda menaiki kapal terbang, anda haruslah membeli tiket turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana lokasinya yang lebih dekat dengan Kuala Besut berbanding Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.
11) Adakah terdapat guider untuk setiap aktiviti?
Ya. Untuk aktiviti seperti snorkelling dan juga mendaki ke kincir angin, kami menyediakan guider sekurang-kurangnya seorang.
12) Adakah terdapat restoran di Pulau Perhentian?
Ya. Terdapat pelbagai jenis restoran di Pulau Perhentian dengan masakan Melayu dan juga Western.
13) Bolehkah jika ingin ke Pulau Redang dari Pulau Perhentian?
Ya. Kami juga menyediakan pakej daytrip ke Pulau Redang dari Pulau Perhentian.
14) Adakah terdapat pakej ke Pulau Rawa, Perhentian?
Ya. Kami juga mempunyai pakej daytrip (snorkelling) di sekitar Pulau Rawa, Perhentian.
15) Bolehkah saya snorkelling jika tidak pandai berenang?
Ya. Aktiviti snorkelling tidak memerlukan seseorang itu untuk pandai berenang. Selain daripada itu, kami juga menyediakan jaket keselamatan agar lebih selamat ketika di dalam air.
16) Adakah terdapat alatan snorkelling di dalam pakej PerhentianKravers?
Ya. Kami telah menyediakan alatan snorkelling seperti snorkel, mask, life jacket dan fins untuk kegunaan ketika snorkelling.
17) Dimanakah saya boleh meletakkan kenderaan saya di Kuala Besut?
Anda boleh meletakkan kereta anda di tempat parking berbayar disekitar kawasan jeti buat beberapa hari agar lebih selamat. Harga untuk sehari adalah RM10.
18) Pada waktu bilakah yang sesuai untuk pergi ke Pulau Perhentian?
Waktu yang sesuai untuk ke Pulau Perhentian adalah dari bulan Februari sehingga awal Oktober. Pada bulan November hingga Januari pula pulau akan ditutup dar sebarang kunjungan pelancong kerana musim monsun.
20) Bilakah tarikh yang sesuai untuk saya membuat tempahan pakej?
Adalah dinasihatkan untuk anda membuat tempahan 2 bulan atau sebulan sebelum jika anda mahu pergi bercuti pada tarikh cuti mingguan atau hari biasa. Namun jika anda mahu pergi pada tarikh cuti umum seelok-eloknya 4 bulan awal.
21) Adakah terdapat servis underwater photography di dalam pakej PerhentianKravers?
Ya. Terdapat servis underwater photography di dalam pakej kami ketika aktiviti snorkelling namun ianya adalah extra cas atau cas tidak termasuk di dalam pakej. Anda haruslah membuat bayaran ketika di pulau jika anda mahu mengambil servis tersebut.
22) Bolehkah orang yang sudah berumur datang ke Pulau Perhentian?
Ya. Pulau Perhentian juga sesuai untuk mereka yang sudah berumur namun dinasihatkan untuk tidak mengikut melakukan aktiviti ekstrem seperti mendaki ke kincir angin dan snorkelling bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
23) Bolehkah orang berbadan besar snorkelling dan juga mendaki ke kincir angin?
Ya. Tiada sebarang masalah jika mereka yang berbadan besar untuk turut sama membuat aktiviti tetapi dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan. Namun guide kami akan sentiasa membantu jika terdapat sebarang masalah.
24) Adakah terdapat ATM di Pulau Perhentian?
Tiada. Sekiranya anda ingin membuat sebarang transaksi wang, dinasihatkan untuk anda membuatnya sebelum bertolak ke Kuala Besut atau melakukannya di Kuala Besut (BSN & Agro Bank sahaja).
PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian
•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil
•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
Comments
Post a Comment