8 PERKARA DO'S AND DON'TS DI PULAU PERHENTIAN
Kebiasaannya apabila kita melancong ke sesuatu tempat pastinya terdapat perkara yang dilarang dan perkara yang dibenarkan yang boleh dilakukan di tempat tersebut. Sekiranya para pengunjung lebih peka dengan hal tersebut, pastinya percutian anda akan menjadi lebih mudah.
Post kali ini PerhentianKravers ini kongsikan tentang beberapa larangan dan perkara yang dibenarkan apabila anda melancong ke Pulau Perhentian dan harapnya ianya dapat membantu!
1) Sila bawa duit lebih. Di pulau tiada ATM!
Selalu PK team jumpa masalah pengunjung yang tak cukup duit apabila melancong di Pulau Perhentian sebab katanya nanti nak withdraw duit di pulau. Nope. Dekat pulau tak ada ATM ya korg walaupun korg menginap di Kg. Nelayan sekalipun. Jadi untuk lebih selamat baik korg keluarkan duit siap2 di Kuala Besut atau masa on the way ke Kuala Besut. Nanti takdelah sampai tak makan dekat pulau 3 hari 2 malam 🙊🙊
2) Jangan bawa barang kemas ke pulau.
Sebenarnya kalau korg melancong kemana-mana sekalipun, elakkan dari bawa barang kemas terutamanya kalau tempat yang korg nak pergi tu melibatkan laut atau sungai. Takkanlah korg menyelam atau snorkeling nak pakai emas kan? Kalau hilang dah jadi satu kerja nak cari dalam laut. Kalau nak tinggalkan dekat bilik pun risau tak selamat.
Jadi untuk senangkan kerja korg baik korg simpan elok2 dekat rumah. Lagi selamat!
3) Berenanglah di kawasan yang selamat.
Kalau korg nak berenang disekitar pulau, pastikan korg berenang di kawasan yang selamat atau kawasan bukan laluan bot. Kebiasaannya resort atau chalet akan letak boya atau tali untuk tentukan kawasan mana korg boleh berenang. Jadi tiap kali korg nak berenang pastikan korg berada di kawasan yang selamat dari laluan bot.
4) Berhati-hati dengan sauh bot.
Selalunya pada waktu malam banyak bot2 akan terdampar di tepi pantai dan sauh2 akan dipacakkan ke pasir. Jadi dinasihatkan untuk korg lebih berhati-hati bila berjalan disekitar pantai terutamanya pada waktu malam. Pakai lampu suluh untuk lebih selamat.
5) Jangan parking kereta di kawasan yang tidak berbayar.
Parking kereta merupakan satu hal yang harus dititik beratkan. Pastikan korg meletakkan kereta di kawasan yang berbayar supaya kereta korg lebih selamat. Kadang2 terjadi kes pecah kereta kalau korg parking kereta di merata tempat tanpa ada pengawasan.
Tak mahal pun parking kereta berbayar. Cuma RM10 jek sehari!
6) Jangan sentuh atau pijak terumbu karang!
Terumbu karang merupakan hidupan laut yang sangat sensitif dengan benda asing. Sekali korg terpegang atau terpijak terumbu karang, kebiasaannya terumbu karang akan mati perlahan-lahan kerana keadaannya yang sangat sensitif. Oleh itu, pastikan tiap kali korg menyelam atau snorkeling korg jangan pergi terlalu dekat dengan terumbu karang.
7) Pastikan korg berada di jeti pada waktu yang ditetapkan.
Untuk jadual bot keluar dari Pulau Perhentian dan menuju ke jeti Kuala Besut, terdapat 3 waktu iaitu 8.00 pagi, 12.00 tengahari dan 4 petang. Pastikan korg datang 15 minit awal ke jeti agar korg tidak tertinggal bot, kerana bot pulang ke jeti Kuala Besut adalah tepat.
8) Dilarang bawa pulang sebarang hidupan laut ke darat.
Korg dilarang sama sekali untuk membawa sebarang hidupan laut ke darat dan jika korg tertangkap melakukan hal yang sedemikian, korg boleh dikenakan denda. Hal ini adalah kerana hidupan laut di Pulau Perhentian merupakan hidupan yang dilindungi di bawah Jabatan Laut Negeri Terengganu.
PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian
•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil
•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian
•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there
Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
Pejabat Perhentiankravers : 0132042450
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers
•Pakej Perhentian
Comments
Post a Comment