5 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM SAMPAI PULAU PERHENTIAN

Sebelum pergi bercuti dekat dalam ataupun luar negara, kita mestilah ambik tahu perkara-perkara penting sebelum sampai ke destinasi. Kena tahu extra info tentang destinasi percutian korang supaya nanti percutian korang akan jadi lebih lancar! Dekat sini PK team akan share kan dekat korang 5 perkara penting yang korang wajib ambik tahu sebelum sampai dekat Pulau Perhentian. Jom kita tengok!


1. Naik Bot di Jeti Kuala Besut, Terengganu

Walaupun nampak macam perkara kecik, tapi sebenarnya ramai yang tak tahu kalau nak ke Pulau Perhentian satu-satunya jeti yang korang boleh naik adalah di Kuala Besut. Ramai yang ingat jeti untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian adalah jeti yang sama.

Tidak ye korang. Dua-dua tu adalah jeti yang berbeza. So make sure korang tahu jeti yang mana sepatutnya korang naik supaya nanti tak tersalah pulau pulak! šŸ˜šŸ˜…


2. Make Sure Jumpa dengan Ejen Sebelum Naik Bot

Kalau korang ada booking pakej dengan ejen, make sure korang jumpa dengan ejen sebelum naik bot untuk ke pulau. Kebiasaannya ejen akan bagi tiket bot dan juga selesaikan bayaran pakej yang belum dibayar.

Dengan PerhentianKravers kita akan pastikan korang datang ke office PK dulu untuk sesi briefing pakej yang korang ambik dan juga untuk bagi tiket serta baucer untuk korang guna ketika dalam pulau nanti. Lepas dah settle urusan dekat office, PK team akan bawak korang ke jeti untuk naik bot pula.



3. Tempat Parking Kereta Yang Selamat

Untuk korang yang datang ke Kuala Besut dengan menaiki kereta semestinya korang akan tertanya-tanya dekat mana tempat untuk meletakkan kenderaan korang selama korang di dalam pulau nanti. Dan yang paling penting adalah keselamatan kereta.

Sebelum gerak ke jeti untuk urusan naik bot, PK team akan suggestkan beberapa tempat parking kereta yang selamat untuk korang. Kebiasaanya korang akan dikenakan bayaran RM10-RM15 sehari. Lepas dah habis percutian korang di pulau, korang boleh ambik kereta macam biasa.


4. Waktu Bot Beroperasi

Untuk pastikan yang korang tak menungu lama dekat jeti untuk urusan naik bot, korang kena tahu bila waktu bot beroperasi. PK team biasanya akan inform dekat guest sehari sebelum sampai ke Kuala Besut tentang jadual waktu bot beroperasi supaya guest boleh bajet masa mereka bila nak sampai ke Kuala Besut.

Sekiranya ada perubahan jadual waktu bot disebabkan hujan ataupun ribut PK team akan inform dekat guest secepat mungkin šŸ˜Š



5. Jeti Penginapan di Dalam Pulau

Kalau korang nak tau dekat dalam pulau ada banyak jeti untuk turunkan dan juga untuk pelancong naik. Dan setiap penginapan ada jeti yang berbeza. Jadi memang akan susahkan korang kalau korang tak tahu jeti mana yang korang kena turun bila dah sampai dekat pulau nanti.

Sebelum naik bot PK team akan uruskan urusan korang dengan botman untuk bagitahu dekat jeti mana yang korang akan turun. Jadi korang tak perlu nak uruskan sendiri sebab PK team yang akan settlekan urusan korang. Bila dah sampai waktu untuk korang naik bot, PK team akan panggil korang. Mudahkan? šŸ˜Ž




Nak details pakej Pulau Perhentian untuk tahun 2025 ni? Korang boleh tekan wasep link dekat bawah okay. Nanti sales person akan wasep korang details pakej yang lengkap. Jom bercuti dekat Pulau Perhentian dengan PerhentianKravers!


http://wasap.my/+60133942405/HyePKBlogspot

PK FANA
http://wasap.my/+60133942405/HyePKBlogspot






JOM BERCUTI KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIANKRAVERS


ā€¢Pakej Perhentian
ā€¢Pakej Pulau Perhentian
ā€¢Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
ā€¢Pakej Pulau Perhentian 2025
ā€¢Pakej Pulau Perhentian Kecil
ā€¢Pakej Murah Pulau Perhentian

ā€¢Bercuti di Pulau Perhentian
ā€¢Pulau Perhentian Kecil
ā€¢Pulau Perhentian Besar
ā€¢Perhentian Island
ā€¢Perhentian Islands
ā€¢Pulau Perhentian
ā€¢Perhentian Kecil

ā€¢Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
ā€¢Pakej Bajet Perhentian 2025
ā€¢Pakej Percutian Pulau Perhentian
ā€¢Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
ā€¢Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
ā€¢Pakej Perhentian Berkumpulan
ā€¢Promosi Pakej Pulau Perhentian

ā€¢pulau perhentian package
ā€¢pulau perhentian blog
ā€¢tempat menarik di pulau perhentian
ā€¢pulau perhentian chalet 
ā€¢pulau perhentian hotel
ā€¢pulau perhentian resort
ā€¢perhentian islands hotel
ā€¢perhentian islands how to get there 

Comments