NAK BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN? 5 BARANG PENTING YANG KORANG WAJIB BAWAK!
Setiap kali pergi bercuti mesti korang akan buat preparation dari awal kan? List kan siap siap mana barang yang perlu di bawa. Bila barang semua dah ready barulah boleh bercuti dengan senang hati.
Nak nak pulak bila dah plan nak bercuti di pulau. Lagi banyak preparation yang korang kena buat sebab dekat pulau tak sama macam dekat darat. Kalau last minute baru nak beli, kan tak best tuu.
Kali nie PK team nak bagi beberapa tips dan barang penting yang korang wajib bawak semasa bercuti di Pulau Perhentian. Make sure terus masuk dalam list tau!
BAWAK BAGPACK. BUKAN LUGGAGE
Korang jangan salah faham pulak. Bukan PK team tak bagi korang bawak luggage, tapi kalau nak mudahkan pergerakan korang bawak bag dari jeti ke bilik.. PK team lebih suggest untuk korang bawak bagpack.
Senang gendong je bag tu dekat belakang. Tak perlu nak tarik tarik especially bila kena lalu dekat pasir pantai. Lagi cepat korang sampai dekat bilik, lagi cepat korang boleh enjoy vacay dekat pulau!
BAWAK WATERPROOF BAG DAN WATERPROOF CASING
Sangat penting untuk korang bawak waterproof bag dan jugak waterproof casing untuk handphone bila bercuti dekat pulau. Mudah nanti untuk isi barang macam wallet, jam tangan, dan handphone terutamanya masa aktiviti snorkeling.
Bila pergi snorkeling nie korang faham faham jelah risiko barang terkena air laut. Kalau taknak barang korang rosak terkena air masin, lebih baik korang bawak dua benda penting nie semasa bercuti nanti.
Tapi kalau korang memang dah terlupa sangat nak beli before masuk pulau, takpe nanti PK team akan tunjukkan dekat korang dekat mana boleh beli bag waterprrof dan casing okayyy
SUNBLOCK JANGAN LUPA!
Haa bila bercuti dekat pulau nie terik matahari dekat sana memang panas ye. Tak sama terik macam dekat darat. Jadi make sure korang tak lupa untuk bawak sunblock yang sesuai dengan kulit korang.
Tiap kali nak keluar dari bilik make sure korang apply sunblock dulu dekat muka dan tangan. Barulah kulit tak jadi macam udang kena bakar! Hehehe
BAWA UBAT UBATAN YANG BASIC
Contoh ubat-ubatan yang basic adalah seperti panadol, minyak angin, ubat sakit perut dan ubat mabuk. Walaupon nampak macam tak penting, tapi sangat membantu bila korang perlukan di saat emergency. Nanti tak perlu nak beli di pulau dah.
Tapi kalau korang betul betul perlukan bantuan ubatan dari luar, korang boleh inform dekat PK team secepatnya. Nanti tour guide akan bawak ubat yang korang perlukan masuk ke dalam pulau.
OOTD OUTFIT
Okay siapa dekat sini yang memang suka ber OOTD? 🙋🙋
Korang wajib bawak outfit yang cantik cantik tau untuk bergambar dekat pulau sebab dekat pulau ada banyak view yang awesome. Rugilah kalau tak ber OOTD dekat Pulau Perhentian bila dah datang bercuti. Bak kata influencer "follower kena tahu" 😜😜
Nak tahu dekat mana tempat cantik nak bergambar? Korang boleh tanya dekat PK team bila dah sampai dekat pulau nanti okay! Tour guide akan share tempat yang menarik dan best untuk korang pergi.
Nak tahu apa lagi barang penting yang korang kena bawak? Korang boleh contact sales person di bawah tau. Korang jugak boleh dapatkan details pakej Pulau Perhentian dan pelbagai info menarik tentang Pulau Perhentian!
Comments
Post a Comment