BANYAK SANGAT SURVEY PAKEJ PULAU PERHENTIAN SAMPAI TAK TAU NAK AMBIK YANG MANA SATU
"Akak dah survey banyak pakej Pulau Perhentian tapi akak tak yakin nak ambik pakej yang mana satu.."
Tiap kali kita nak membeli sesuatu produk ataupun servis, terutamanya bila proses jual beli tu dilakukan secara dalam talian (online) mesti kita akan buat survey terlebih dahulu. Mestilah kita nak tahu samada apa yang kita nak beli tu berbaloi ataupun tidak dan yang paling penting seller atau service provider bukanlah scammer!
Dekat Pulau Perhentian ni memang ada raaamaiii ejen yang buat servis pakej percutian. Terlalu ramai sampai korang pun tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila dah survey pakej banyak-banyak ni, mesti korang akan rasa takut. Salah satunya mestilah takut kena scam!
Apa nak buat bila korang dah bayar deposit pakej lepastu bila dah sampai dekat jeti tiba-tiba ejen yang korang tempah pakej tu sebenarnya tak wujud?! Masa tu nak menangis air mata darah pun dah tak guna. Ejen kemana. Pakej pun entah kemana. Sebab tu sebelum membuat bayaran deposit pakej, korang kenalah buat survey yang mendalam contohnya tengok feedback guest yang dah pernah datang dengan ejen sebelum ni.
Feedback Guest PerhentianKravers
"Deposit macam mana ye? Risaulah kalau nak bayar full terus.."
PerhentianKravers tidak mengambil bayaran deposit secara penuh sebaliknya kami mengenakan deposit RM150 per pax sahaja bagi dewasa dan RM70 per pax bagi kanak-kanak. Kemudian bayaran 50% 30 hari sebelum tarikh percutian dan 25% lagi sebelum 14 hari tarikh percutian. Selebihnya korang boleh buat bayaran apabila sampai di office PerhentianKravers nanti.
Contoh pembayaran deposit oleh guest PerhentianKravers |
"Akak takut kalau dapat tempat penginapan yang jauh dari jeti.. kena naik bukit.."
Salah satu masalah utama yang sering berlaku apabila pengunjung tiba di Pulau Perhentian adalah tempat penginapan yang jauh dari pantai malah terpaksa mendaki bukit untuk sampai di tempat penginapan yang ditempah. Buat korang yang datang bersama keluarga pasti perkara ini merupakan perkara yang akan diambil kira sebelum menempah sebarang pakej.
PerhentianKravers sentiasa memberikan penjelasan yang tepat dan jelas tentang setiap lokasi penginapan agar mudah untuk korang membuat keputusan. Tapi korang kena tahu kebiasaannya penginapan di tepi pantai selalu ditempah oleh orang ramai. Jadi first come first serve okay? Selain itu, PerhentianKravers sentiasa memberitahu tentang keadaan bilik di setiap penginapan agar pengunjung lebih bersedia setibanya di pulau nanti.
Soalan dan Pertanyaan
"Macam mana kalau tiba-tiba akak nak tukar tarikh yang dah ditempah? Deposit burn jugak ke?"
Paling risau bila kita dah book pakej percutian lepas tu tiba-tiba boss tak approve tarikh cuti yang diminta. Takkanlah nak cancel kan pulak booking tu. Kalau cancel macam mana dengan deposit? Jangan risau dengan PerhentianKravers korang boleh minta untuk tukar tarikh percutian korang 21 hari sebelum tarikh percutian yang telah ditempah.
Untuk pembatalan tempahan pulak korang boleh buat 30 hari sebelum tarikh percutian. Apa apa pun kalau korang ada masalah berkenaan dengan pakej yang telah ditempah, korang boleh maklumkan terus hal tersebut dengan team PerhentianKravers dan kita akan memberikan beberapa solutions kepada masalah tersebut.
Penangguhan dan Pembatalan
"Dekat mana lagi akak boleh cari PerhentianKravers ye?"
Team PerhentianKravers sentiasa cuba untuk memberikan servis yang terbaik kepada setiap guest yang telah ataupun mahu menempah pakej bersama kita. Bermula dari peringkat menanyakan details pakej di WhatsApp kemudian ketika tiba di Kuala Besut, waktu bercuti di Pulau Perhentian dan akhir sekali keluar dari pulau setelah habis percutian semuanya PerhentianKravers cuba untuk memberikan yang terbaik.
Korang boleh follow, tengok dan baca setiap posting yang telah dimuatnaik oleh PerhentianKravers di setiap platform media sosial di bawah:
https://www.instagram.com/perhentiankravers/ |
"Akak nie jenis cerewet sikit. Kalau boleh nak cari ejen yang bagi the best service bila bercuti nanti.."
PerhentianKravers sangat menitik beratkan kepuasan hati setiap guest yang datang ke Pulau Perhentian bersama kami. Setiap komen dan feedback yang diberikan oleh guest sentiasa diambil kira bagi meningkatkan lagi mutu servis dari kami. Setiap tahun PerhentianKravers menerima hampir 3,000 ke 4,000 pengunjung yang menggunakan servis kami untuk bercuti di Pulau Perhentian dan 98% daripadanya memberikan feedback yang baik dan positif.
"Okay sekarang akak dah yakin nak buat tempahan pakej. Dengan siapa akak boleh contact untuk booking?"
Untuk sebarang pertanyaan details dan tempahan pakej, korang boleh telefon atau WhatsApp secara terus dengan sales person dari PerhentianKravers. Boleh hubungi mereka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Comments
Post a Comment