5 SEBAB KENAPA SNORKELING DI PULAU PERHENTIAN LEBIH MENYERONOKKAN




1) Air Yang Membiru dan Jernih

Kecantikkan dan kejernihan air di Pulau Perhentian sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Malah Pulau Perhentian berada di tangga ke 13 sebagai pulau paling cantik di dunia dan dikenali sebagai Maldives Malaysia.Tidak rugi sekiranya para pengunjung ingin mencuba aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian kerana kebiruan air lautnya. Malah dari atas bot lagi kita sudah boleh melihat terumbu karang dengan jelas di dasar laut!




2) Terdapat Pelbagai Jenis Spesis Hidupan Laut

Seperti yang kita tahu Pulau Perhentian merupakan salah satu khazanah laut di Malaysia. Oleh itu setiap hidupan laut di pulau ini dijaga dan dipelihara dengan rapi oleh pihak Jabatan Laut Negeri Terengganu. Hidupan laut seperti penyu, black tip shark, moray eel, blue spotted stingray, ikan nemo dan banyak lagi masih lagi terpelihara di pulau ini. Tak payah pergi jauh-jauh sampai ke luar negara untuk tengok semua tu. Snorkeling di Pulau Perhentian ni ibarat snorkeling di Aquaria Suria KLCC, sebab pelbagai jenis hidupan ada disini!




3) Terumbu Karang Yang Masih Dijaga Dengan Rapi

Selain daripada terkenal dengan pelbagai jenis spesis hidupan laut, Pulau Perhentian juga terkenal dengan pelbagai jenis terumbu karang yang masih lagi terpelihara rapi. Di checkpoint Lighthouse terutamanya, terdapat terumbu karang besar dan masih lagi terjaga. Para pengunjung boleh melihat terumbu karang tersebut sekiranya snorkeling di Pulau Perhentian. Terdapat juga pelbagai jenis ikan berwarna-warni yang berenang di kawasan ini dek kerana terumbu karangnya yang masih hidup. Terumbu karang merupakan rumah kepada ikan-ikan. Oleh itu, semakin banyak terumbu karang maka semakin banyaklah ikan akan hidup di kawasan tersebut.


4) Ombak Yang Tidak Terlalu Kuat

Setiap checkpoint yang dibawa oleh snorkeling guide merupakan point dimana ombaknya tidak terlalu kuat dan terlindung daripada angin. Dengan keadaan ombak yang tidak kuat, pengunjung boleh menikmati seberapa lama masa yang mereka mahu. Ombak yang tidak kuat juga akan membuatkan aktiviti snorkeling menjadi lebih mudah. Namun sekiranya pada hari itu angin agak kuat, snorkeling guide akan memberitahu pengunjung agar lebih berhati-hati dan memakai life jacket.





5) 5 Checkpoint Dalam Satu Hari

Kebiasaannya aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian terutamanya bersama PerhentianKravers, guide akan membawa sehingga 5 checkpoint yang berbeza dimana para pengunjung boleh melihat setiap jenis hidupan laut di Pulau Perhentian dalam satu hari. Bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5 petang, pengunjung boleh menikmati aktiviti snorkeling ini sepuas-puasnya. Antara checkpoint yang dibawa oleh guide adalah fish point/turtle beach, turtle point, shark point, lighthouse dan romantic beach. Setiap checkpoint mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang wajib dinikmati oleh pengunjung di Pulau Perhentian. 





PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS




Sebarang tempahan boleh lah hubungi :



Pejabat Perhentiankravers : 0132042450

Emelkan : hai.kravers@gmail.com

Facebook : projectkravers

Instagram : Perhentiankravers



•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet 
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there

Comments