PAKEJ DAYTRIP PULAU PERHENTIAN DENGAN PERHENTIANKRAVERS



Selain daripada pakej bermalam seperti pakej 2H1M, pakej 3H2M dan pakej 4H3M.. PerhentianKravers turut menyediakan pakej daytrip buat mereka yang ingin merasai pengalaman di Pulau Perhentian selama sehari. 

Sama seperti pakej-pakej yang lain, pakej daytrip ini juga merupakan ALL IN pakej dimana semuanya sudah termasuk di dalam pakej seperti tiket bot, makan tengahari, aktiviti snorkeling dan lain2.

Berikut adalah details tentang pakej daytrip Pulau Perhentian bersama PerhentianKravers!
👇👇👇👇👇👇👇👇

🚤 Tiket bot pergi ke Pulau Perhentian
🚤 Tiket bot balik ke jeti Kuala Besut
🐳 Aktiviti snorkeling 5 points
- Coral point/Fish Point
- Turtle point
- Shark point
- Lighthouse
- Romantic beach
🍝 Makan tengahari di Kg. Nelayan (Buffet)
🏊 Alatan snorkeling (mask, snorkel, fins, lif jacket)
👕 Tshirt Exclusive dari PerhentianKravers (PERCUMA)

**Free gift waterproof bag dan mineral water jika booking sebelum 31 Dis 2019.

Harga: RM180 (dewasa) RM100 (kanak2)


Perjalanan pakej daytrip Pulau Perhentian

Setibanya anda di Kuala Besut, team PerhentianKravers akan memberikan sedikit briefing tentang pakej daytrip dan juga tiket bot pergi dan balik. Setelah mengambil baju di ofis, kemudian kami akan membawa anda ke jeti Kuala Besut untuk menaiki bot.

Setelah itu kami akan membawa anda ke meeting point snorkeling iaitu di Sunset Shop.

Jeti Kuala Besut

Snorkeling guide Abang Mat


Kebiasaannya pada jam 10.00 pagi kesemua guest yang akan mengadakan aktiviti snorkeling pada hari tersebut akan berkumpul di hadapan Sunset Shop untuk mengambil peralatan snorkeling. Kemudian pada jam 10.30 bot snorkeling akan mula berlepas ke point yang pertama.
Wajah gembira guest PerhentianKravers bergerak menuju ke point pertama.

Setibanya di point pertama iaitu samada di coral point ataupun fish point, snorkeling guide akan memberikan sedikit briefing tentang cara2 penggunaan alatan snorkeling seperti mask, snorkel dan fins terutamanya buat mereka yang pertama kali melakukan aktiviti snorkeling agar mereka selesa. Disini juga anda boleh melakukan water confident kerana airnya yang agak cetek dan arus yang perlahan.

Briefing alatan snorkeling

Coral point
Fish point


Kemudian bot akan bergerak ke turtle point dimana pengunjung boleh menyaksikan penyu di kawasan tersebut. Snorkeling guide akan membawa anda melihat penyu tersebut dan jika anda bernasib baik, anda boleh bergambar sekali bersama mereka!

Bergambar bersama penyu




Setelah itu bot akan bergerak menuju ke Shark point. Jerung di kawasan ini merupakan black tip shark. Snorkeling guide akan mengumpan mereka keluar dengan memberikan ikan.






Setelah berada di situ, snorkeling guide akan membawa anda ke Kg. Nelayan untuk makan tengahari dan juga berehat sebentar. Anda boleh menyaksikan keindahan masjid terapung di kampung tersebut dan juga suasana kampung yang mendamaikan. Kg. Nelayan merupakan satu-satunya kampung di Pulau Perhentian.


Masjid Terapung, Pulau Perhentian.





Setelah habis makan tengahari dan berehat di Kg. Nelayan, kita akan meneruskan aktiviti snorkeling di Lighthouse. Disini merupakan kawasan dimana terdapat terumbu karang paling cantik di Pulau Perhentian dan juga terowong kecil. Sesuai buat mereka yang sukakan aktiviti free dive, anda boleh menyelam di kawasan ini.




Dan checkpoint yang terakhir sekali merupakan Romantic Beach dimana anda boleh melihat nemo dan juga blue spot stingray sambil bersantai di pasir putih pantai. Kebiasaanya aktiviti snorkeling akan tamat sebelum jam 4.00 petang.












PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS




Sebarang tempahan boleh lah hubungi :



Pejabat Perhentiankravers : 0132042450

Emelkan : hai.kravers@gmail.com

Facebook : projectkravers

Instagram : Perhentiankravers



•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Berbaloi
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet 
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there

Comments