PAKAR PAKEJ PULAU PERHENTIAN

PAKEJ PULAU PERHENTIAN ∣ PERHENTIAN KRAVERS




Pulau Perhentian merupakan pulau #NO1 tercantik di Malaysia, secara tidak langsung menjadi destinasi impian rakyat Malaysia dan juga luar negara. perhentiankravers mengambil langkah untuk memudahkan rakyat Malaysia untuk sampai ke Pulau Perhentian dengan menyediakan pelbagai pakej mengikut kehendak pelanggan.

perhentiankravers memulakan operasi pada tahun 2015 dan telah berjaya membawa seramai 7,457 pelanggan masuk ke pulau perhentian yang terdiri daripada dalam dan luar negara. kepuasan pelanggan amat dititikberatkan dari semua segi seperti aktiviti, penginapan, kemudahan, informasi, dan juga lain lain.

jom kita lihat keindahan pulau perhentian bersama perhentiankravers



pakej ke pulau perhentian bersama perhentiankravers


"KEINDAHAN PULAU PERHENTIAN DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU" MENANTI ANDA

Pakej ke pulau perhentian bersama perhentian kravers ini pasti akan memberi percutian serta pengambaraan yang korang tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka yang tak asing lagi di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini



percutian idaman


Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu , keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tour. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej Percutian yang ditawarkan oleh perhentiankravers pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang haadir. ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia - siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung  memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung bolehh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan "budget" masing masing kerana pada Perhentiankravers semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di "taylor made " mengikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung

Bersama perhentiankravers, para pengunjung akan dilayani dengan baik dari proses tempahan sehinggalah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.





bot laju bersedia untuk memabawa para pengunjung ke Pulau Perhentian


untuk makluman umum, bahawasanya di Jeti Kuala Besut terdapat banyak bot laju yang bersedia untuk bawa para penumpang ke Pulau Perhentian . Bot laju di Jeti Kuala Besut di cat dengan pelbagai warna dan juga bentuk, sudah pasti para pengunjung bersa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot - bot tersusun sedia untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 -30 minit sahaja.




AKTIVITI HARI PERTAMA DI PULAU PERHENTIAN

Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, para pengunjung akan terus ke penginapan masing masing untuk proses check-in dan penyimpanan barang.

ceria tiba di Pulau Perhentian

khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak  muda dan belia, pada hari pertama perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40  minit untuk menuruni bukit. perhentiankravers juga menyediakan khidmat peta khas sebagai penunjuk arah ke kincir angin, aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin


pemandangan keseluruhan apabila tiba di puncak kincir angin

pemandangan dari tangga menuju ke jeti kincir angin

bucu tangga "hipster" wajib bergambar

kejernihan air laut di jeti kincir angin yang membuat para pengunjung tidak senang duduk

aktiviti lompat di jeti kincir angin menjadi pilihan para pengunjung yang adventure


selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang para pengunjung  bebas untuk melaksanakan sebarang aktiviti lain seperti mandi manda, berkayak, dan lain-lain lagi.




AKTIVITI HARI KEDUA DI PULAU PERHENTIAN

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti - nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama perhentiankravers. ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di kampung nelayan.

Di dalam keterujaan untuk bermandi manda di laut perhentiankravers begitu menitikberatkan soal keselamatan para pengunjung. para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya snorkeling pada tahap yang semaksima mungkin.


pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling


Disamping itu, perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan "snorkelling guide" yang bertugas juga merupakan "underwater photographer" yang mana mereka akan merakam kenangan - kenangan para pengunjug ketika snorkelling di Pulau Perhentian

antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut:



Fish feeding” di Turtle Beach
Berenang secara dekat bersama penyu di Turtle Point
Aksi mendebarkan antara snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.
 Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.
Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.
Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.



turtle beach atau tiga ruang. bergurau dengan ikan manja


turtle point, kejar mengejar dengan sang penyu


shark point, kena tenang dan chill bila jumpa diaa ni



berhenti di kg nelayan, solat, lunch, sightseeing



light house, aktiviti lompat wajib siapa yang adventure




Romantic beach / pantai romantis


Di Romantic Beach terkenal dengan haiwan seperti Nemo, Moray Eel, dan baby stingray.


nemo yang comel tapi jaga jaga, sarang Nemo hidup tau



baby stingray cantik tapi jangan dekat sangat, ekor dia tajam



pastikan ada guide untuk jumpa haiwan ini okay!

selepas sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokkan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas



pemandangan matahari terbenam di pantai coral bay, pulau perhentian kecik


mengikut kepada pakaej yang di ambil oleh para pengunjung, perhentiankravers juga ada yang menyediakan hidangan barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.


barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelbagai menu hidangan laut segar

setelah selesai makan malam bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach di mana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu - satunya "Night Life & Beach Party" di Pulau Perhentian


suasana kemeriahan persembahan api di LongBeach

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan menuju ke destinasi masing masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti - aktiviti lain yang ada seperti  "scuba diving" , perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari pulau perhentian ke jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada : 


👉🚢 8.00 pagi
👉🚢 12.00 tengahari
👉🚢 4.00 petang

setibanya kembali di Jeti Kuala besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli - belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau "lounge" di ruang pejabat perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas







percutian yang berbaloi memilih perhentiankravers


secara keseluruhannya, perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakaan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahaan destinasi perlancongaan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan "value for money" kepada para pengunjungyang disayangi. Musim bagi percutian di pulau perhentian bermula pada bulan februari hingga oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di pulau perhentian adalah terhad, perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.








PAKEJ PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN BERSAMA PERHENTIAN KRAVERS




Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

Pejabat Perhentiankravers: 0132042450 
Emelkan : hai.kravers@gmail.com
Facebook : projectkravers
Instagram : Perhentiankravers


•Pakej Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian Murah
•Pakej Pulau Perhentian 2019
•Pakej Pulau Perhentian Kecil
•Pakej Murah Pulau Perhentian

•Bercuti di Pulau Perhentian
•Pulau Perhentian Kecil
•Pulau Perhentian Besar
•Perhentian Island
•Perhentian Islands
•Pulau Perhentian
•Perhentian Kecil

•Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian
•Pakej Bajet Perhentian 2019
•Pakej Percutian Pulau Perhentian
•Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
•Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
•Pakej Perhentian Berkumpulan
•Promosi Pakej Pulau Perhentian

•pulau perhentian package
•pulau perhentian blog
•tempat menarik di pulau perhentian
•pulau perhentian chalet murah
•pulau perhentian hotel
•pulau perhentian resort
•perhentian islands hotel
•perhentian islands how to get there

Comments